BAITULMUQADDIS 29 Sept. – Kerajaan Palestin menggesa Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) ‘memaksa’ Amerika Syarikat (AS) untuk menutup kedutaannya di Baitulmuqaddis kerana ia didakwa mencabul Konvensyen Vienna yang menegaskan bahawa kedutaan hanya boleh ditubuhkan di negara tuan rumah. Portal berita RT melaporkan bahawa kerajaan Palestin mengemukakan permohonan tersebut semalam. Aduan setebal 14 muka surat itu mendakwa AS melanggar peraturan yang termaktub dalam Konvensyen Vienna dan Hubungan Diplomasi 1961 kerana menubuhkan bangunan kedutaan di luar kawasan negara tuan rumah iaitu Israel. Laporan itu juga menyebut bahawa berdasarkan Pelan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya