KIRA-KIRA 33 tahun lalu, Hun Sen, 66, dilantik sebagai Perdana Menteri bagi mewakili Parti Rakyat Kemboja (CPP), sekali gus menjadi ketua kerajaan termuda dunia. Beliau yang diberi nama Hun Bunal lahir daripada keluarga petani yang miskin di Kampung Cham, sebuah wilayah di timur laut ibu kota Kemboja, Phnom Penh yang bersempadan dengan Vietnam. Selama bertahun-tahun, anak ketiga daripada enam adik-beradik tersebut bekerja sebagai buruh pertanian dan hampir tidak mempunyai pendidikan…










