KUALA LUMPUR – Honda Malaysia Sdn. Bhd. sudah menggantikan lebih daripada 236,800 unit inflator beg udara Takata dalam kenderaan yang terjejas atau nisbah 90 peratus siap menjelang 20 September lepas. Honda Malaysia dalam satu kenyataan hari ini, berkata, jumlah inflator beg udara Takata yang sudah diganti sehingga kini adalah lebih daripada 496,400 unit. Pelanggan Honda yang terjejas tetapi belum lagi menghantar kereta mereka untuk diganti dinasihatkan segera berbuat demikian untuk keselamatan mereka sendiri kerana beg udara tersebut boleh menyebabkan tekanan yang berlebihan apabila diaktifkan. “Sarung inflator beg udara mungkin boleh pecah sehingga menyebabkan kecederaan atau kematian kepada pemandu dan penumpang,” katanya. Kos penggantian inflator beg udara itu akan ditanggung oleh Honda Malaysia. “Barisan model-model Honda terkini tidak menggunakan jenis inflator beg udara Takata yang sama seperti model…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya