ALOR SETAR 13 Sept. – Seorang ibu membuang perasaan malu dengan mengheret anaknya ke balai polis hari ini selepas didapati terlibat dalam kes samun seorang pelanggan di sebuah kedai dobi layan diri dan kedai runcit di Sungai Petani, dekat sini kelmarin. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Senior Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, suspek berusia 21 tahun yang dipercayai memegang parang dalam kejadian tersebut diserahkan oleh ibunya di Ibu pejabat…










