LONDON 27 Sept. – Bintang Chelsea, Eden Hazard mengakhiri rekod 100 peratus Liverpool, musim ini, setelah skuad bimbingan Maurizio Sarri itu menikmati kemenangan 2-1 di Anfield dalam aksi pusingan ketiga Piala Liga, hari ini. Liverpool yang memulakan cabaran mereka dengan enam kemenangan dalam kancah Liga Perdana Inggeris dan turut mengukir kejayaan pada Liga Juara-Juara, tersingkir daripada saingan Piala Liga, terima kasih kepada jaringan solo mengagumkan yang disempurnakan Hazard pada minit…










