SAUDARA PENGARANG, SAYA berkesempatan menyertai rombongan meminang anak saudara (pihak lelaki) di Selangor beberapa bulan lalu malah menjadi sebahagian daripada ‘orang tua’ yang membincangkan perincian perkahwinan pasangan muda ini. Sungguhpun sudah lama isu hantaran perkahwinan terlalu tinggi berlegar, saya tidak menyangka perkara itu diterjemahkan dalam kehidupan sebenar khususnya untuk anak muda zaman sekarang. Anak gadis berpendidikan diploma (belum lulus) mahu hantaran RM25,000 sedangkan anak saudara saya (graduan diploma) yang baru…










