KUALA LUMPUR 29 Sept. – Hasrat beregu lelaki No. 3 negara Chooi Kah Ming-Low Juan Shen untuk melangkah ke perlawanan akhir kejohanan Terbuka Korea Selatan gagal apabila mereka tumpas kepada wakil Jepun, Hiroyuki Endo-Yuta Watanabe di Seoul hari ini. Kah Ming-Juan Shen yang menghuni ranking ke-24 dunia terpaksa akur kepada pasangan pilihan kelapan dari Jepun tersebut apabila tumpas 21-13, 21-12 dalam tempoh 29 minit. Meskipun gagal ke final namun pencapaian…










