HUJUNG minggu ini, sekali lagi orang-orang Melayu akan berkampung di Kuala Lumpur bersama-sama berbincang mengenai nasib untung bangsa. Namun suasana kali ini agak berbeza, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya. Kegagalan UMNO dan Barisan Nasional mempertahankan penguasaan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) telah memberi tamparan hebat buat UMNO. Pelbagai persoalan ditimbulkan oleh ahli di semua peringkat. Begitu juga masyarakat keseluruhannya yang banyak menerima pelbagai khidmat dan bantuan secara langsung sebelum…










