Hak Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutu akan dikembalikan - Mahathir - Utusan Malaysia

Hak Sabah, Sarawak sebagai rakan sekutu akan dikembalikan – Mahathir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi jaminan Malaysia Baharu yang dipimpin kerajaan Pakatan Harapan akan mengembalikan status Sabah dan Sarawak sebagai rakan sekutu dalam Malaysia.

Menurut beliau, semasa pembentukan Malaysia yang termeterai pada 16 September 1963 dalam perjanjian Malaysia Agreement (MA63), keempat-empat wilayah Sabah, Sarawak, Singapura dan Persekutuan Tanah Melayu merupakan rakan seangkatan yang berdiri sama tingg dan duduk sama rendah.

“Bagaimanapun, perjalanan yang dilalui Malaysia sejak itu agak berliku dan Singapura pula bertindak keluar selepas dua tahun pembentukan Malaysia.

“Kemudian, tahun-tahun berikutnya telah juga menukar status Sabah dan Sarawak daripada rakan sekutu kepada negeri-negeri di dalam Malaysia,” katanya ketika berucap pada sambutan Hari Malaysia 2018 di Padang Merdeka di sini hari ini.

Turut hadir ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.

Selain itu, Mahathir turut memberitahu, segala keperluan pembangunan Sabah dan Sarawak wajar diberi perhatian memandangkan sehingga kini masih terdapat daerah-daerah yang mundur dan kelengkapan daif,” jelasnya. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN