KUALA LUMPUR 3 Sept. – Beraksi cemerlang di atas litar basah sememangnya menjadi trademark buat pelumba MotoGP negara Hafizh Syahrin Abdullah sehingga mendapat jolokan sebagai Pescoa (ikan kecil), tetapi peluang untuk berbuat demikian di Silverstone dua minggu lalu tidak kesampaian setelah perlumbaan dibatalkan disebabkan faktor keselamatan. Hafizh sendiri menyuarakan rasa kesalnya kerana perlumbaan di Silverstone terpaksa dibatalkan, tetapi sebagai pelumba yang mengutamakan keselamatan, dia akur dengan keputusan tersebut. “Agak malang…










