SHAH ALAM 3 Sept. – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan dengan cadangan untuk menyelaraskan had umur minimum perkahwinan orang Islam di negeri ini dengan menaikkan had kepada 18 tahun berbanding 16 tahun sebelum ini. Titah Sultan Sharafuddin, baginda memandang serius kes-kes seperti perkahwinan kanak-kanak Islam pada usia yang terlalu muda kerana bimbang tentang risiko kemudaratan masa depan pasangan tersebut dan kesannya kepada masyarakat kelak. “Oleh itu, beta menitahkan…










