DUNGUN – Seorang guru bahasa Melayu memohon maaf secara terbuka selepas mengakui tersilap ketika mengedarkan lirik lagu yang memuja sebuah agama kepada murid beragama Islam hingga mengakibatkannya dikecam oleh netizen kelmarin. Muhammad Kamil Abdul Rahman, 38, yang mengajar di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Jengal, Hulu Dungun dekat sini mengaku telah cuai dan tidak sengaja ketika mengedarkan lirik lagu ‘Satu Suara’ kepada 24 murid tahun empat. Dakwanya, lirik itu telah dimuat…










