PASIR PUTEH – Guru Sekolah Kebangsaan (SK) Cherang Ruku, dekat sini, sepakat membantu ibu bapa membawa murid sakit menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang bermula hari ini. Guru Besar sekolah itu, Faxrurazi Nasir berkata, murid Tahun Enam, Muhammad Arif Muizzudin Amran, 12, yang terlibat dalam kemalangan baru-baru ini masih belum mampu berjalan dijemput guru seawal pagi bagi memberi peluang kepadanya menjawab soalan UPSR. Menurutnya, tugasan guru mengambil dan menghantar…










