KUALA LUMPUR – Pemansuhan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) didakwa boleh mengakibatkan masalah pengaliran keluar dana haram dari negara ini ekoran kesukaran pihak berkuasa memantau syarikat yang menipu. Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa, GST membolehkan kerajaan memantau harga kos bagi keseluruhan rangkaian pembekal sekali gus mengesan jika terdapat syarikat yang memalsukan harga barang import atau eksport. Dakwanya, beliau telah berkali-kali menyatakan di Parlimen bahawa sebahagian besar…










