Gitaris Hillary Ang lupakan isu Prime Domestic - Utusan Malaysia

Gitaris Hillary Ang lupakan isu Prime Domestic

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain gitar Hillary Ang enggan mengulas lanjut tentang isu penarikan dirinya daripada kumpulan Prime Domestic yang kini dikenali sebagai PrimeD beberapa bulan lalu.

Bekas pemain gitar kumpulan Search itu ditemui pada sidang akhbar persembahan Awie dan Dragon Malaya di G Tower, di sini sebentar tadi.

“Saya sudah lupakan pun perkara itu kerana ia sudah lama berlalu,” ujarnya ringkas.

Berita tentang perpecahan yang berlaku dalam kumpulan yang ditubuhkan pada 2012 itu hebat diperkatakan peminat selepas vokalisnya, Aweera mengesahkan telah mengundur diri pada Julai lalu.

Sebelum itu, Hillary terlebih dahulu menarik diri sebelum diikuti oleh pemain bass, Fauzi.

Malah, bekas pemain gitar Wings, Joe yang merupakan pengasas dan ketua kumpulan itu pernah mengeluarkan kenyataan bahawa Hillary gemar memburuk-burukkannya kepada orang luar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN