Giliran Jabriella lebur rekod kebangsaan - Utusan Malaysia

Giliran Jabriella lebur rekod kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAPAH 19 Sept. – Atlet angkat berat Wilayah Persekutuan, Jabriella Teo Samuel menutup Sukan Malaysia (Sukma) dengan cemerlang apabila memecah rekod kebangsaan acara snatch kategori 75 kilogram di Dewan Merdeka di sini, hari ini.

Jabriella mengangkat bebanan 86kg menerusi percubaan ketiga, sekali gus memadam rekod lama milik Arisha Farra Erwin dari Johor (85kg) yang dilakukan dalam Sukma 2010 di Melaka.

Pingat perak milik atlet Kelantan, Nor Sofia Mohd. Nordin (70kg) manakala Amna Yasmin Young Habsullah Young dari Terengganu (57kg) meraih gangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Atlet kelahiran Kuala Lumpur menghadiahkan kejayaan tersebut kepada ibu bapanya, Teo Kui Song dan Samuel Bindigan yang banyak berkorban untuk mengembangkan kariernya sejak lapan tahun lalu.

Lebih manis Jabriella turut memenangi pingat emas dalam acara clean and jerk dengan membuat angkatan 100kg tetapi gagal memecahkan rekod Sukma (102kg) dan rekod kebangsaan (103kg).

“Sebenarnya saya gembira dan sedih. Saya gembira kerana dapat memperbaharui rekod kebangsaan dalam kategori snatch dan saya sedih kerana gagal membuat rekod baharu kebangsaan bagi acara clean and jerk.

“Sasaran saya adalah mahu memecahkan kedua-dua rekod ini (snatch dan clean and jerk) tetapi saya terpaksa berpuas hati kerana dapat melakukan satu sahaja pada pentas terakhir Sukma saya,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini