JUARA dunia 2017, Cheong Jun Hoong meramalkan masa depan cerah buat skuad terjun kebangsaan jika bakat baharu terus digilap, sekali gus mengurangkan tradisi ‘kitar semula’ yang sering berlaku pada kebanyakan kejohanan. Penerjun berusia 28 tahun yang sedang menjalani proses pemulihan bagi memulihkan kecederaan lutut kiri itu sempat meluangkan masa selama dua hari bagi melihat bakat-bakat muda pada Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak minggu lalu. Biarpun pingat emas temasya itu…










