Geran percuma usahawan mungkin dikurangkan dalam Bajet 2019  - Utusan Malaysia

Geran percuma usahawan mungkin dikurangkan dalam Bajet 2019 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Kementerian Pembangunan Usahawan membayangkan kemungkinan geran kewangan yang disalurkan secara percuma kepada usahawan di negara ini akan dikurangkan dalam Bajet 2019.

Menterinya, Mohd. Redzuan Md. Yusof berkata, langkah itu bagi memastikan usahawan tidak menyalah guna peruntukan untuk tujuan selain perniagaan.

“Kita masih lagi merancang untuk bajet akan datang tapi saya nak beritahu awal, kita kena ketepikan jangkaan lebih banyak bantuan-bantuan berbentuk percuma akan diberikan kerajaan kepada usahawan.

“Namun kita akan bagi bantuan kepada kumpulan sasaran. Kita mahu orang yang betul-betul ada merit dan kita akan bantu usahawan terbabit,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan bangunan tambahan Kilang My-Sutera Sdn. Bhd. dan pelancaran mega Canggih Shoppe di Padang Tembak di sini hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN