LONDON 12 Sept. – Jangka hayat penduduk Eropah terus mencatatkan peningkatan, namun masalah gemuk dan pertambahan individu yang memiliki berat badan berlebihan dijangka menjejaskan trend berkenaan. Dalam Laporan Kesihatan Eropah, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang melibatkan 53 negara di kawasan geografi dari Atlantik ke Pasifik, agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu mendapati, tahap kesihatan penduduk adalah yang tertinggi di dunia, namun berbeza dalam benua berkenaan. Purata jangka hayat sejak lahir meningkat…










