TOKYO – Satu gempa bumi kuat berukuran 6.6 magnitud menggoncang Pulau Hokkaido di utara Jepun semalam menyebabkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh. Beberapa tanah runtuh berskala besar melanda kawasan kampung berkepadatan rendah yang sebelum ini turut dibadai taufan kuat awal minggu ini. Menurut pihak berkuasa, 33 penduduk masih hilang dan lebih 300 cedera dalam kejadian itu. Gambar-gambar dari udara menunjukkan berpuluh-puluh rumah musnah di kaki sebuah bukit akibat ditimbus tanah runtuh…










