KINABATANGAN – Gempa bumi lemah dilaporkan berlaku di kawasan pesisir pantai daerah ini, awal pagi ini. Menurut Jabatan Meteorologi, gempa bumi 3.7 magnitud itu dikesan pada jam 3.19 pagi di koordinat 5.7 darjah Utara dan 119.2 darjah Timur pada 103 kilometer (km) di timur Kinabatangan serta pada kedalaman 101km. Menurut kenyataan itu, gegaran mungkin dirasai di sekitar Sandakan dan Kinabatangan serta tiada ancaman tsunami dilaporkan. – K! ONLINE










