MENJADI antara program realiti paling dinanti-nantikan, Gegar Vaganza (GV) yang masuk tahun kelima penganjurannya kekal berada pada kelas tersendiri. Mengetengahkan konsep berbeza sejak lima tahun lalu, ternyata program realiti nyanyian yang mengembalikan penyanyi era 80-an dan 90-an dilihat menepati keperluan penonton terutama khalayak Melayu. Sama seperti empat musim lalu, pengumuman peserta sentiasa ditunggu-tunggu. Bezanya kali ini, GV5 membuat pembaharuan paling berani apabila menyenaraikan artis duo dan berkumpulan sebagai peserta. Bagi…










