KUALA LUMPUR – Kerajaan negeri Terengganu akan mempercepatkan langkah mengeluarkan garis panduan bagi mengawal selia aktiviti hiburan di pulau-pulau pelancongan di negeri itu. Menteri Besar Terengganu Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, garis panduan itu sedang dirangka dan akan dikeluarkan selewat-lewatnya awal tahun depan. “Memandangkan kemasukan ke pulau-pulau di Terengganu akan ditutup sepenuhnya dari Oktober hingga awal Januari berikutan monsun, jadi kita akan ambil kesempatan tempoh itu untuk keluarkan garis panduan ini dalam memastikan insiden yang berlaku baru-baru ini tidak berulang,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘Tren ETS Berpaparan Beautiful Terengganu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya