JOHOR BAHRU 19 Sept. – Dua lelaki maut selepas sebuah kereta jenis Mercedes terlibat kemalangan dengan sebuah motosikal berkuasa tinggi jenis Kawasaki Versys di kilometer 65 dari arah Kota Tinggi ke Sungai Rengit, pagi tadi. Dalam kejadian pukul 11.23 pagi itu, penunggang motosikal. Muhammad Farid Mat Sambilan, 32, dan pemandu kereta, Shariff Abd. Karim, 73, maut di tempat kejadian. Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Ahsmon Bajah berkata, siasatan awal…










