Gimnas Wilayah Persekutuan, Rayna Hoh Khai Ling ternyata tiada tandingan di pentas Sukan Malaysia (Sukma) 2018 di Perak apabila menyapu kesemua lima emas yang ditawarkan dalam acara gimrama. Selepas membantu kontinjennya meraih emas berpasukan kelmarin, gimnas berusia 15 tahun itu terus memikat juri menerusi aksi menarik dan kreatif untuk mengungguli disiplin gelung, bola, belantan serta riben di Stadium Indera Mulia, Ipoh semalam. “Saya hanya mahu memberikan persembahan terbaik pada penampilan…










