Fokus mengukuhkan blok pembangkang adalah lebih baik - Utusan Malaysia

Fokus mengukuhkan blok pembangkang adalah lebih baik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR 13 Sept. – Barisan Nasional (BN) atau Pas tidak perlu meletakkan calon dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson kerana tumpuan mengukuhkan blok pembangkang itu dilihat lebih baik pada masa ini.

Prof. Madya Dr. Rusdi Omar
Prof. Madya Dr. Rusdi Omar 

Seorang pemerhati politik, Prof. Madya Dr. Rusdi Omar berkata, sebaik-baiknya kedua parti tersebut fokus untuk membentuk kerjasama politik yang lebih mantap sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Malah katanya, jika calon yang bakal diketengahkan BN atau Pas nanti tidak setanding aura Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih baik mereka tidak bertanding kerana akan merugikan masa dan duit semata-mata.

“Kalau bertanding sekalipun saya lihat Anwar tidak menghadapi masalah untuk menang. Pada masa ini, BN dan Pas hanya perlu fokus untuk memperkemaskan kerjasama seterusnya meyakinkan ahli dengan kerjasama tersebut.

“Senario politik pada masa ini menyaksikan momentum rakyat masih bersama Pakatan Harapan dan terbukti dengan tiga PRK sebelum ini yang menyaksikan pembangkang tewas,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Anwar diumumkan bertanding di kerusi Port Dickson selepas penyandangnya, Datuk Danyal Balagopal Abdullah mengosongkan kerusi itu bagi memberi laluan kepada Presiden PKR itu untuk bertanding.

Tindakan tersebut adalah untuk memberi laluan kepada Anwar memulakan langkah sebagai Perdana Menteri ke-8 bagi mengantikan Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas ini.

Sementara itu, Dr. Rusdi yang juga Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, beliau melihat Dickson adalah tempat paling selamat untuk Anwar kerana majoriti pengundi kawasan itu adalah bukan Melayu.

Katanya, sekiranya Anwar memilih bertanding di kawasan majoriti pengundi Melayu, peluang untuk menang itu dilihat sama rata berdasarkan reaksi semasa kaum berkenaan terhadap Pakatan Harapan.

“Kalau kita lihat dalam tiga PRK sebelum ini pengundi bukan Melayu terus memberi undi dan sokongan kepada Pakatan Harapan. Jadi saya rasa Anwar tidak mempunyai masalah untuk menang di Port Dickson,” katanya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN