LIVERPOOL 19 Sept. – Jaringan waktu kecederaan pemain gantian, Roberto Firmino memastikan Liverpool membuka kempen Liga Juara-Juara dengan langkah kanan apabila menewaskan Paris Saint-Germain (PSG) 3-2 dalam aksi dramatik di Anfield, sebentar tadi. Anak-anak buah Jurgen Klopp bermula dengan positif apabila mendahului 2-0 menerusi tandukan cantik Daniel Sturridge pada minit ke-30 dan sepakan penalti James Milner, enam minit kemudian. Pasukan pelawat bagaimanapun berjaya merapatkan jurang 1-2, lima minit sebelum tamat…










