FELDA UNITED berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir Piala Malaysia selepas menewaskan pasukan Polis Di Raja Malaysia (PDRM FC) 2-0 pada aksi Kumpulan B di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka kelmarin. Juara Liga Premier 2018 itu akan mengiringi skuad Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS FC) yang turut layak selepas menewaskan Melaka United 2-1. Ketua jurulatih Felda United, B. Sathianathan berkata, beliau ternyata gembira apabila pasukannya berjaya mendapatkan tiga mata…

 
								 
											









