KOTA KINABALU 25 Sept. – Pihak berkuasa Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) telah mengambil keterangan pelakon utama, Hairul Azreen dan penerbit filem Paskal, bagi menyiasat dakwaan hampir diculik ketika menjalankan penggambaran filem tersebut, Ogos lalu. Komander Esscom, Datuk Hazani Ghazali berkata, keterangan kedua-dua individu terbabit dirakam pada Rabu lalu dan proses siasatan masih dijalankan. “Kita telah ambil keterangan mereka dan siasatan masih dijalankan. Setakat ini, tiada tindakan dikenakan…










