Erti kemerdekaan pada helaian tudung - Utusan Malaysia

Erti kemerdekaan pada helaian tudung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TIDAK mahu ketinggalan dalam menzahirkan kecintaan terhadap negara, jenama tudung, Duck meraikan sambutan Hari Kebangsaan baru-baru ini dengan memperkenal koleksi edisi terhad The Merdeka Duck.

Ia bagi memupuk rasa patriotik terutama dalam generasi muda menerusi helaian tudung.

Mempertaruh elemen batik memandangkan fabrik tradisional warisan dan khazanah negara itu perlu dipertahan agar tidak hilang ditelan oleh arus zaman.

Jenama itu berjaya mengangkat rekaan ini, seterusnya dapat memperkenal motif batik secara meluas dan memupuk minat bersama masyarakat.

Bagi masyarakat zaman dahulu, kain batik dipakai setiap hari, tetapi pada hari ini mungkin pemakaiannya agak kurang kelihatan.

Namun, masih ada keluarga menjadikan kain batik sebagai barangan tinggalan nenek moyang bagi menunjukkan betapa bernilainya batik kepada setiap orang.

Kain batik turut menjadi penghubung antara generasi dan menyatukan bangsa.

Untuk itu, Duck mahu menjadi sebahagian daripada nilai-nilai itu dengan menghasilkan helaian selendang yang diterapkan secara simbolik dan benar-benar memberi makna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Buah tangan yang dibawakan jenama kegemaran ramai itu menggunakan fabrik berkualiti tinggi, iaitu sutera satin yang bersifat lembut, ringan dan selesa dipakai.

Ia pasti menjadi pilihan buat wanita berhijab yang mementingkan penggayaan tudung.

Didatangkan dengan lima warna menawan merangkumi rona pastel dan terang, iaitu Rimba, Senja, Bunga, Bumi, dan Langit.

Koleksi ini turut menggabungkan kombinasi peta Malaysia bersama rekaan batik bagi mencerminkan lagi semangat patriotisme kepada negara menerusi fesyen.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN