KUALA LUMPUR – Selepas tiga bulan Malaysia menjadi negara ‘cuti cukai’, kerajaan akhirnya melaksanakan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) berkuat kuasa hari ini bagi menggantikan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang dimansuhkan hujung Mei lalu. Dengan lebih 80,000 entiti perniagaan telah mendaftar di bawah Jabatan Kastam Diraja Malaysia setakat ini, pakar-pakar ekonomi dan persatuan pengguna menjangka akan berlaku peningkatan harga terhadap pelbagai jenis barangan dan perkhidmatan di negara ini. Pensyarah…










