KUALA LUMPUR 6 Sept. – Mengikut risikan Kementerian Wilayah, sebanyak enam buah kelab gay beroperasi secara aktif di ibu negara termasuk Blue Boy yang terkenal dalam kalangan pelancong Eropah. SHAHRUDDIN Timbalan Menterinya, Datuk Dr. Shahruddin Md. Salleh berkata, pihaknya bagaimanapun akan sentiasa memantau kesemua kelab berkenaan dari sudut salah laku, jenayah dan penyalahgunaan dadah. Katanya, kementerian akan bertindak dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia, Agensi Antidadah Kebangsaan, Jabatan Agama Islam Wilayah…










