KUALA LUMPUR – Empat tapak warisan; Taman Negara, Royal Belum di Gerik, Perak, Permatang Kuarza di Gombak, Selangor dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM), kini dalam senarai menunggu sebelum diangkat ke Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa Bersatu (Unesco). Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Muhammad Bakhtiar Wan Chik berkata, ia adalah bagi mengisytihar tapak tersebut sebagai Tapak Warisan Dunia Unesco dalam usaha melindungi biodiversiti dan keistimewaan tapak-tapak itu…









