BANGKOK 29 Sept. – Empat menteri kerajaan junta negara ini menubuhkan sebuah parti baharu ketika spekulasi mendakwa mereka akan menyokong Perdana Menteri Prayuth Chan-ocha terus kekal berkuasa, menjelang pilihan raya umum yang dijanjikan pada Mei depan. Parti Palang Pracharat yang mirip nama dasar pembangunan sosial dan ekonomi kerajaan tentera itu akan diketuai oleh Menteri Industri, Uttama Savanayana yang berikrar untuk membantu mengatasi jurang politik di negara ini. “Kita telah membazirkan…










