TUNIS 23 Sept. – Sekurang-kurangnya empat orang terkorban termasuk dua beradik perempuan berikutan banjir dan hujan lebat yang melanda timur laut negara ini, semalam. Menurut jurucakap Kementerian Dalam Negara, Sofiene Zaag, dua beradik terbabit dihanyutkan banjir ketika meninggalkan tempat kerja mereka di Bou Argoub, kira-kira 45 kilometer di tenggara bandar ini. Seorang lelaki berusia 60 tahun pula mati lemas dekat bandar Takilsa manakala mayat seorang lelaki ditemukan di Bir Bouregba…










