KUALA LUMPUR – Baru empat hari ditayangkan (semalam) filem arahan pengarah tersohor, Osman Ali bertajuk Langsuir berjaya mencatat kutipan sebanyak RM 1 juta. Menurut Osman, meskipun wujud persaingan antara filem lakonan Syafiq Kyle dan Hannah Delisha itu dengan karya tempatan dan antarabangsa, ia bagaimanapun tidak menjejaskan sokongan penonton untuk ke pawagam. “Alhamdulillah. Saya berasa bersyukur terutama dalam keadaan terdapat beberapa filem hebat lain seperti Munafik 2 turut sedang ditayangkan di…










