KUALA TERENGGANU – Dua wanita yang didapati bersalah cuba melakukan hubungan sejenis menjadi pesalah pertama menjalani hukuman sebatan di hadapan khalayak di dalam kamar Mahkamah Tinggi Syariah di sini hari ini. Kedua-dua pesalah berusia 32 dan 22 tahun tersebut menjalani hukuman sebat sebanyak enam kali di hadapan Hakim Syarie Kamalruazmi Ismail. Ketua Hakim Syarie Terengganu, Wan Mohd. Zakri Wan Mohd. dan Hakim Kanan Syarie negeri, Rosdi Harun turut menyaksikan hukuman…

 
								









