IPOH – Dua lelaki pemilik kedai runcit ditahan reman selama sehari sehingga petang ini bagi membantu siasatan kes dua lelaki maut selepas mengalami simptom keracunan metanol akibat meminum arak. Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Mahistret Nurul Hafizah Mohammad Pauzi kira-kira pukul 11.50 pagi di Mahkamah Majistret Ipoh di sini sebentar tadi. Kedua-dua lelaki yang masing-masing berusia 35 dan 44 tahun itu disiasat mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan kerana membunuh tanpa niat yang membawa hukuman boleh dipenjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. Difahamkan, kedua-dua lelaki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya