Dua maut tertimbus jambatan runtuh - Utusan Malaysia

Dua maut tertimbus jambatan runtuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANDAR BAHARU 10 Sept. – Dua individu ditemukan maut akibat tertimbus dalam runtuhan jambatan menuju ke Taman Serdang, dekat sini malam tadi.

Dua maut tertimbus jambatan runtuh
PASUKAN bomba sedang mengeluarkan mayat  yang tertimbus dalam runtuhan jambatan di Taman Serdang, Bandar Baharu sambil diperhatikan orang ramai, malam tadi. – UTUSAN ONLINE/Ihsan PDRM

Ketua Polis Daerah, Deputi Superitendan Barudin Wariso berkata, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 10.15 malam tadi ketika kedua-dua mereka yang dipercayai menaiki sebuah motosikal melalui jambatan tersebut.

“Jambatan itu dikatakan runtuh secara tiba-tiba ketika mereka melaluinya dengan keadaan cuaca dilaporkan baik pada masa itu tanpa hujan.

“Mayat pertama berjaya dibawa keluar dari runtuhan pada pukul 12.15 pagi manakala mayat kedua kira-kira lima minit kemudian,” katanya kepada pemberita malam tadi.

Dua maut tertimbus jambatan runtuh
ORANG ramai melihat runtuhan jambatan di Taman Serdang, Bandar Baharu, malam tadi. – UTUSAN ONLINE/Ihsan PDRM

Tambahnya mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.

“Setakat ini butiran lanjut mengenai kedua-dua mangsa belum diperolehi,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN