SHAH ALAM – Dua lagi mangsa maut dipercayai akibat keracunan arak menjadikan jumlah keseluruhan 27 kematian di Selangor sehingga pukul 6 petang tadi. Ketua Polis Selangor, Datuk Mazlan Mansor berkata, mangsa yang maut membabitkan dua warga Myanmar berusia dalam lingkungan 30-an, masing-masing meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh dan Selayang. “Seramai 11 orang masih dirawat di beberapa buah hospital sekitar Lembah Klang manakala 21 yang lain telah dibenarkan keluar hospital,”…










