Dua kanak-kanak lemas di Sungai Gong Batu, dua selamat - Utusan Malaysia

Dua kanak-kanak lemas di Sungai Gong Batu, dua selamat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SETIU – Kegembiraan empat kanak-kanak berkelah sambil bermandi-manda bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas dalam satu kejadian di Sungai Gong Batu berhampiran Boardwalk Setiu di sini hari ini.

Kesemua mangsa merupakan murid Tahun Enam dari Sekolah Kebangsaan Kampung Rahmat dan baru sahaja habis menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) pada Khamis lalu. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, keempat-empat kanak-kanak terbabit dikatakan pergi ke kawasan rekreasi itu bersama keluarga salah seorang mangsa sebelum dua daripada mereka ditemukan lemas. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Mayat mangsa, Nor Afizatul Nabihah Mohd. Jaafar,12, dari Kampung Rahmat ditemui pasukan penyelamat kira-kira pukul 2.27 petang manakala rakannya Nur Qumaira Qistina Mohammad Nizam dari Felda Chalok Rahmat berjaya ditemui pada pukul 4 petang. 

Dua lagi mangsa, Ain Najiha Abdul Rani dan Nur Aishah Syakirah Ishak berjaya diselamatkan oleh orang awam sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu bagi rawatan lanjut. 

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Setiu, Mustafa Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 12.33 tengah hari sebelum 20 pegawai dan anggota dikerahkan ke lokasi kejadian. 

“Insiden lemas ini merupakan kes kedua yang berlaku dalam tempoh masa dua bulan di kawasan sama.

“Operasi ditamatkan sejurus mangsa kedua ditemui pada pukul 4 petang menerusi kaedah selaman pada kedalaman 30 kaki dari dasar air,” katanya. 

Jelas Mustafa, dasar sungai tersebut mempunyai alur air dan sekiranya orang awam yang berkunjung di situ tidak berwaspada, berkemungkinan mereka boleh tenggelam. – K! ONLINE

LEMAS
Anggota penyelamat ketika mencari dan menyelamat sedang mengangkat salah satu mayat mangsa lemas di Boardwalk Setiu hari ini.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini