KUALA LUMPUR 4 Sept. – Dua beradik kandung dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini hari ini atas 16 pertuduhan jenayah seksual antaranya merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap tiga adik perempuan tiri mereka termasuk pasangan kembar, sejak lima tahun lalu. Tertuduh pertama yang berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah atas kesemua 14 pertuduhan yang dihadapinya manakala abangnya yang berusia 24 tahun membuat pengakuan yang sama atas dua pertuduhan.…

								








