BERLIN 27 Sept. – Pemain remaja, Achraf Hakimi menjaringkan gol pada penampilan sulungnya bersama Borussia Dortmund yang membelasah Nuremberg 7-0, hari ini, dan sekali gus memberikan persaingan sengit dengan pendahulu Bundesliga, Bayern Munich. Hakimi, 19, yang dipinjamkan dari Real Madrid menjaringkan gol ketiga Dortmund bagi memastikan kemenangan mutlak ke atas Nuremberg dan merapatkan jurang kepada dua mata di belakang Bayern. Jacob Bruun Larsen meletakkan Dortmund di depan pada awal permainan,…










