KUANTAN 29 Sept. – Seorang doktor wanita berusia 50 tahun di sini kerugian sebanyak RM71,000 selepas diperdaya dua individu melalui panggilan telefon baru-baru ini. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa dihubungi seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai sebuah bank memaklumkan kononnya terdapat tunggakan pinjaman selama tiga bulan. “Mangsa menafikan dakwaan itu sebelum talian disambung kepada seorang lelaki yang menyamar sebagai anggota polis dari…










