Doktor kerugian RM71,000 ditipu - Utusan Malaysia

Doktor kerugian RM71,000 ditipu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN 29 Sept. – Bimbang dikatakan terlibat dengan jenayah, se­orang doktor wanita ke­rugian sebanyak RM71,000 selepas diperdaya dua individu melalui panggilan tele­fon di sini baru-baru ini.

Mohd. Wazir Mohd. Yusof

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Supe­rintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, mangsa berusia 50 tahun terlebih dahulu dihubungi seorang wanita yang mengaku sebagai pegawai sebuah bank memaklumkan ko­nonnya terdapat tunggakan pinjaman selama tiga bulan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mangsa menafikan dakwaan itu sebelum talian di­sambung kepada seorang lelaki yang mendakwa anggota polis dari Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu dan memaklumkan mangsa sedang disiasat kerana terlibat kes pengubahan wang haram dan dadah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut Mohd. Wazir, mang­sa kemudian digertak akaunnya akan dibekukan dan diminta memindahkan wang ke dalam dua akaun bank milik dua lelaki berkenaan.

“Selepas melakukan transaksi, mangsa kemudian me­nyedari ditipu dan membuat laporan polis.

“Kes disiasat mengikut Sek­syen 420 Kanun Keseksaan. Orang ramai dinasihat­kan supaya tidak mudah percaya kepada pemanggil te­lefon yang tidak dikenali,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini