Diperdaya menang setengah juta AS$, pesara guru rugi lebih RM10,000 - Utusan Malaysia

Diperdaya menang setengah juta AS$, pesara guru rugi lebih RM10,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT – Seorang pesara guru kerugian sebanyak RM10,550 selepas diperdaya supaya membayar wang prosesan untuk wang kemenangan tidak wujud semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.47 petang itu, mangsa seorang lelaki berumur 59 tahun dari Kampung Temin di sini telah menerima satu pesanan dari laman sosial Facebook dia menangi hadiah dari Syarikat Microsoft Award Compensation Cash Fund.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Superintenden Mohd. Wazir Mohd. Yusof berkata, teruja dengan kemenangan itu, mangsa telah menyemak pautan rangkaian yang diberikan yang menyambungkannya ke peti masuk mesej Facebook suspek.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya mangsa dimaklumkan bahawa dia telah memenangi sejumlah wang tunai sebanyak AS$500,000 dari pihak Microsoft Award.

“Menerusi mesej berkenaan suspek telah meminta mangsa supaya membayar RM10,550 bagi wang proses untuk mendapatkan hadiah tersebut.

“Terpedaya dengan wang kemenangan itu, mangsa telah membuat pemindahan wang di Bank Islam di sini kira-kira pukul 6.13 petang kelamarin,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Tambahnya, selepas membuat pembayaran berkenaan mangsa dimaklumkan sekali lagi supaya  membuat pembayaran tambahan sebanyak RM20,000.

Menurutnya lagi, mangsa tidak membuat pemindahan wang tersebut dan mengesyaki bahawa dia telah ditipu sebelum ke balai polis untuk membuat laporan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini