Dipenjara kerana ‘perkosa’ bayi - Utusan Malaysia

Dipenjara kerana ‘perkosa’ bayi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Seorang lelaki warga emas dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas me­ngaku bersalah terhadap pertuduhan me­lakukan hubungan seks terhadap seorang bayi perempuan berusia 11 bulan dengan menggunakan jari di Mahkamah Seksual Kanak-Kanak di sini semalam.

Tertuduh Hashim Karim, 68, mengaku bersalah me­lakukan perbuatan tersebut terhadap bayi yang diasuh oleh menantunya di sebuah rumah teres di Seksyen 24, Shah Alam, Selangor pada 20 Ogos lalu.

Hakim Muhammad Kamil Nizam membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujahan Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin supaya mengenakan hukuman yang berat terhadap tertuduh yang telah menyebabkan kecederaan kekal terhadap mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kesalahan itu sa­ngat serius apatah lagi ia berlaku kepada seorang kanak-kanak berusia 11 bulan. Pakar juga mengesahkan bayi yang seperti cucu kepada tertuduh mengalami kecederaan kekal pada selaput daranya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini