Dewan Negara tolak usul pemansuhan RUU Antiberita Tidak Benar - Utusan Malaysia

Dewan Negara tolak usul pemansuhan RUU Antiberita Tidak Benar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Persidangan Dewan Negara hari ini menolak Rang Undang-undang (RUU) Antiberita Tidak Benar (Pemansuhan) 2018 selepas dibacakan buat kali kedua.

Keputusan penolakan pemansuhan RUU itu diumumkan oleh Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran selepas undi belah bahagian yang diusulkan Senator Khairul Azwan Harun dijalankan. 

Undi belah bahagian tersebut menyaksikan hanya 21 ahli Dewan Negara yang menyokong sementara 28 menolak manakala tiga lagi tidak mengundi. 

RUU itu digulung oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin. – K! ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN