Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim artis undangan Jom Chat malam ini - Utusan Malaysia

Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim artis undangan Jom Chat malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Sep. – Segmen bual santai yang disiarkan secara langsung di media sosial Facebook Utusan Online pada setiap hari Rabu, malam ini telah mengundang dua penghibur legenda, Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim.

DATUK RAMLI SARIP DAN DATUK KHADIJAH IBRAHIM
DATUK RAMLI SARIP DAN DATUK KHADIJAH IBRAHIM 

Jom Chat yang dihoskan oleh wartawan Utusan Online dan dikenali sebagai Apak, dipilih oleh Ramli dan Khadijah sebagai salah satu platform untuk membantu menguar-uarkan tentang Konsert Doa Buat Kekasih, 30th Anniversary yang bakal diadakan pada bulan depan.

Bagi Papa Rock kesayangan ramai, Jom Chat adalah lantai segmen bual santai yang tidak asing lagi bagi dirinya kerana beliau telah beberapa kali menjadi artis undangan Jom Chat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Cuma bagi Khadijah, inilah julung kalinya beliau tampil menjadi artis undangan Jom Chat yang akan bersiaran secara langsung selama satu jam, bermula pukul 9 malam ini.

Kehadiran mereka pada malam ini akan bercerita lebih lanjut tentang konsert yang bakal diadakan bersama. Ini kerana, dalam diam tak diam, lagu Doa Buat Kekasih yang diangkat pada malam konsert itu nanti, sudah berusia tiga dekad dan dipandang sebagai lagu rakyat.

Kegigihan kedua-dua artis yang sudah sebati atas pentas menjadi contoh terbaik kepada barisan penyanyi muda yang mungkin ingin merasai pengalaman mengadakan konsert.

Mungkin Ramli dan Khadijah boleh berkongsi, apakah kunci yang menjadikan pasangan duet ini gigih untuk membuat sebuah persembahan berskala besar dan sekali gus, menyampaikan rendisi lagu Doa Buat Kekasih era 2018.

Bagi para peminat kedua-dua penghibur popular tanah air ini, jangan lupa untuk menonton Jom Chat dengan cara masuk ke kata daftar, Facebook Utusan Online, tekan like dan anda akan mendapat notifikasi apabila Jom Chat dengan Datuk Ramli Sarip dan Datuk Khadijah Ibrahim bersiaraya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini