BOLOGNA, Itali 6 Sept. – Roberto Mancini bakal membimbing Itali dalam perlawanan kompetitif pertamanya sebagai jurulatih dengan menggalas tugas memulihkan imej Azzurri apabila menentang Poland dalam aksi sulung Liga Negara-Negara UEFA esok. Bekas pengurus Inter Milan dan Manchester City itu dilantik pada Mei lalu dengan misi utama mengembalikan Itali ke landasan yang betul selepas gagal layak ke Piala Dunia buat kali pertama sejak 1958. Mancini bertanggungjawab membina semula skuad Azzurri untuk menjadi pencabar utama Kejohanan Eropah (Euro) 2020 dan Piala Dunia 2022. Jurulatih berusia 53 tahun itu menegaskan, dia akan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya